Wednesday, January 13, 2010

Senyuman menuju Perkenalan...


Terdapat dalam kalangan kita yang sangat payah untuk bertegur sapa dengan orang lain. Mungkin ini disebabkan faktor dalaman individu itu sendiri dan bagaimana dia mentafsir dunia kehidupannya iaitu dalam konteks memahami erti nilai bermasyarakat dan 'world view' yang dimilikinya.

Sebenarnya tidak susah untuk kita membuatkan diri kita dirasai dalam satu-satu kelompok masyarakat. Apa yang kita perlukan ialah latihan kemahiran dan berani untuk mencuba serta menanggung risiko. Orang dulu-dulu kata malu bertanya nanti sesat jalan pulang.

Dengan itu, saya sertakan tips-tips bagaimana untuk memulakan perbualan;

  • Kenal pasti sasaran anda
  • Berikan senyuman kepada orang lain
  • Apabila senyuman anda berbalas tandanya kita sudah mendapat sasaran
  • Seterusnya jadilah orang pertama yang memberikan ucapan salam
  • Memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan untuk bersalam (sebelum itu, buat pemerhatian dahulu terhadap orang tersebut dari segi agama dan jantina)
  • Mengekalkan pandangan mata
  • Suara yang mesra

Jadi, apa yang penting ialah keikhlasan kita untuk beramah mesra dengan orang lain. Jangan pula ada udang di sebalik batu. Setiap agama mengajar kita bahawa berbuat baik kepada orang lain. Kasihilah sesamu mu manusia....

Peace No War!!

Hasil nukilan : Fredolin Amit



No comments:

Post a Comment