Nombor Akar / Root Number
Namun, dalam mengidentifikasikan nombor ini nombor personaliti adalah hanya diwakili nombor 1 hingga nombor 8. Manakala nombor 9 hanya merupakan nombor personaliti yang menjadi pelengkap kepada semua nombor 1 dan 8 itu tadi.
Setiap nombor mewakili peranan masing-masing dan mempunyai ciri tersendiri dan bagaimana terbentuknya urutan nombor 1 hingga 9.
1= tulen
2= pendamai
3= ceria
4= konservatif/tradisional
5= perintis
6= romantik
7= intelek
8= penyelesai
9= pelakon
Sehubungan itu, setiap nombor kelahiran merupakan satu nombor tunggal atau gabungan daripada dua nombor dan membentuk satu personaliti iaitu yang dipanggil sebagai nombor akar / root number. Namun demikian, semua orang mempunyai pelbagai personaliti hasil daripada didikan keluarga, pembelajaran sosial, dan nilai atau pegangan dan garis panduan yang dipunyainya. tetapi personaliti tunjang atau yang dipanggil sebagai personaliti nombor akar.
Contoh tarikh lahir:- 8, 17, 26
(8 = nombor tunggal, 1+7 = 8, 2+6 = 8)
Maka personaliti nombor akar bagi ketiga-tiga nombor tersebut ialah 8= penyelesai.
· Nombor 8 memiliki personaliti yang satu iaitu personaliti 8 sahaja.
· Nombor 17 memiliki dua personaliti iaitu gabungan daripada nombor 1 dan 7 tetapi personaliti nombor akar masih juga nombor 8.
· Nombor 26 juga hasil daripada gabungan dua nombor namun masih tetap dengan personaliti nombor 8.
Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa nombor tunggal hanya memiliki 1 personaliti yang unggul. Manakala nombor gabungan mempunyai beberapa personaliti yang lain hasil gabungan daripada dua nombor yang berlainan.
Dalam pada itu, pembentukan personaliti ini juga dipengaruhi oleh faktor lain seperti hasil daripada didikan keluarga, pembelajaran sosial dan nilai serta garis panduan yang telah diterima sejak kecil.
Secara analoginya keadaan ini boleh digambarkan seperti berikut:-
- a) Terdapat 3 batang pokok mangga iaitu pokok mangga A (8), B (17) dan C (26). Pokok mangga A tinggi dan berdaun lebat. Pokok mangga B rendah dan banyak buah. Pokok mangga C tinggi, berdaun lebat dan berbuah banyak. Walaupun ketiga-tiga pokok mangga ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi masih juga dikenali dan dipanggil sebagai POKOK MANGGA. Pembentukan ciri-ciri ini mungkin hasil daripada perbezaan struktur tanah, sumber air, penerimaan cahaya, haiwan perosak, baja dan sebagainya.
- b) Ada 3 keping kertas iaitu kertas warna merah, warna biru, dan warna kuning. Walaupun 3 keping kertas tersebut berlainan warna namun masih juga dikenali sebagai KERTAS dan asalnya juga daripada kulit kayu. Kertas itu juga akan mempunyai banyak corak jika terdapat hasil tulisan mahupun lukisan. Kertas warna merah dengan lukisan haiwan dan tumbuhan, kertas warna biru dengan tulisan puisi dan kertas warna kuning pula dipenuhi dengan lukisan dan tulisan mengenai makhluk, tumbuh-tumbuhan dan alam semesta. Akhirnya, ketiga-tiga kertas tersebut dapat dibezakan dengan ciri-ciri yang wujud tersebut.



